Monday, March 23, 2015

Sang penikam

Apa benar mereka kata suatu hari nanti engkau akan merasa bahagia? Setitik air mata pun sukar dititis ini kan pula ombak menderu. Apa mereka kata itu bohong belaka kerana aku tidak pernah merasa neraka seperi ini. Rasanya sakit. Keseorangan dan tiada yang menghulurkam tangan ketika kau memerlukan. Kawan? Memang senang nak buat kawan. Apa kau fikir kawan itu kau boleh percaya semuanya? Kau lupa, mungkin mereka hanya tunjuk muka mereka yang 'suci 'walau dibelakangnya penuh dengan benci. Aku mulai hairan mengapa manusia punya hati yang sehitam ini. Sanggup menjaja nama dan menabur fitnah walaupun ianya dusta belaka. Aku seakan tidak mengerti mengapa atau bila atau diamana silapnya? Mungkin aku hanya menambah soalan kepada jawapan yang aku sendiri sudah tahu apa ertinya. Aku panjatkan doa kepadaNya supaya Dia tunjuk dimana salah silapnya. Mungkin aku juga ada silapnya kerana aku tahu manusia bukan maksum. Kita tidak lari dari membuat kesilapan. Aku berdoa supaya suatu hari kebenaran akan dipaparkan di depan  mereka. Aku mahu mereka sedar. Ya Allah engkau yang mempunyai kuasa untuk buka mata mereka. apa sahihnya kata2 sampah yang mereka putarkan. Kata2 dusta yang mereka lemparkan. kau tunjukkan kepada manusia2 ini petunjuk  supaya sakit ini akan hilang akan pudar kerana aku tidak mahu kerana perkara kecil seperti semut dianggap gajah. Aku sedih. Kita sepatutnya menegur atau berbincang. Semuanya boleh dengan cara yang betul yang sopan. Dimana hilangnya tatabahasa? Dimana hilangnya adab? Dimana? Aku harap Tuhan tunjuk. Aku tidak gusar apa lagi meninggi suara atau menuduh yang tidak benar. Kalau Allah nak tunjuk. Dia tunjuk. Aku tidak perlu orang2 yang hatinya gelap tidak ada pekertinya kerana aku tidak risau. Tidak mengapa. Allah kan ada.